Hasrat Suami Untuk Gembirakan Isteri Dan Anak Ketika Bercuti Berakhir Dengan Kesedihan.
ALOR SETAR : Hasrat seorang lelaki untuk menggembirakan isteri dan anaknya dengan membawa mereka bercuti ke Pulau Langkawi berakhir dengan kese.dihan selepas dise.rang angin ah.mar sebelum disahkan menin.ggal dunia, Selasa lalu.
Menurut Wan Nur Hasimah Wan Yusof, 37, dia, suami, Hazizan Hamisan, 41, dan anak mereka Muhammad Daiyan Atiq, 14, bersama enam ahli keluarga lain ke Langkawi pada 6 September lepas untuk bercuti selama empat hari.
“Suami mengadu tak sihat sebaik tiba di Langkawi sebelum tidak sedarkan diri dalam bilik hotel dua hari kemudian. Doktor sahkan dia k0ma dan terdapat penda.rahan pada otaknya.
“Sejak hari itu saya berkampung di hospital. Pihak hospital juga ada buat dua pembe.dahan untuk buang nanah pada limfa yang rosak selain te.buk di leher,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, keadaan ar.wah kemudian stabil, namun Allah lebih menyayanginya apabila menghe.mbuskan nafas terakhir selepas subuh, Selasa lalu.
“Walaupun masih berse.dih, saya sekeluarga reda dengan ketentuan takdir ini.
“Ini adalah percutian pertama kami selepas Perintah Kawalan Pergerakan. Kami ambil masa berbulan-bulan untuk rancang dan kumpul wang. Ar.wah kumpul wang menjual tanjak di pasar setiap malam selama sebulan.
“Akhirnya, dia berjaya jual lebih 200 tanjak. Memang hasratnya untuk gembirakan saya dan anak. Mengingati perkara itu saya jadi amat se.dih,” katanya.
Lebih menyayat hati katanya, ini kehila.ngan ketiganya selepas kehila.ngan ibu bapa, Wan Yusof Wan Abdullah, 63, dan Aminah Yaakub, 59, yang menin.ggal dunia selang setengah jam akibat jangkitan C0vld-19.
Wan Nur Hasimah turut berterima kasih kepada semua pihak yang menguruskan semua urusannya ketika berada di Langkawi termasuk membawa pulang jen.azah suami ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk dikebu.mikan pada hari sama.
“Alhamdulillah banyak yang membantu saya. Saya tidak ada pendapatan tetap cuma bekerja sambilan saja sebagai kerani akaun.
“Untuk urusan bawa pulang jen.azah diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Skuad Jena.zah dengan menggunakan bot. Cuaca di laut sepanjang perjalanan baik saja dan 45 minit kami sampai di Kuala Perlis dan sudah ada van jena.zah menanti,” jelasnya.
Tambahnya, jena.zah ar.wah suami selamat dikebu.mikan di Perku.buran Islam Taman PD Utama, Port Dickson.
Sumber : utusan