Baru-baru ini, tular satu tweet di platform Twitter yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa hairan mengenai tindakan pihak polis yang menyaman abangnya.
Dari ciapan yang dimuat naik, abang kepada pemilik tweeet itu telah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah van polis yang merempuh belakang kereta abangnya.
Difahamkan lebih lagi mengenai kisah yang dikongsikan, abangnya yang merupakan pemilik kenderaan Ford Ranger itu telah memperlahankan kereta dan memberi signal untuk menyeberang.
Bagaimanapun, tidak jauh sebelum tiba di garisan putus-putus, berlakunya satu dentuman yang kuat di belakang dan ia membuatkan Ford Ranger terbabit hilang kawalan lalu memasuki jalan di sebelah kanan.
Hal yang membuatkan pengguna itu berasa pelik apabila anggota polis itu menyaman abangnya pula, sedangkan kesalahan sememangnya dilakukan oleh anggota yang membawa kenderaan polis itu.
Lagi membuat gadis itu berasa geram, setelah tiba di balai polis Temerloh, Sarjan di sana berkeras tidak mahu melihat rakaman dashcam dari kereta abangnya. Sebaliknya, meminta abang gadis terbabit melawan kes terbabit di mahkamah.