Penantian 7 tahun berakhir “Madammu kini hamil lima minggu”

Penantian 7 tahun berakhir “Madammu kini hamil lima minggu”

Penantian 7 tahun berakhir, Madammu kini hamil lima minggu

Setelah sekian lama menanti, akhirnya pengasas produk kecantikan Noir iaitu Eriyca Baiduri Abdul Rashid mengumumkan dia kini sedang hamil. Khabar gembira itu dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali @syhimran.

Madammu hamil

Menerusi video dimuat naik, dilihat Madammu memakai blazer berwarna ungu mengusap-ngusap perutnya sambil berjalan menuju ke kereta bagi menghadiri sesi temu janji bersama doktor.

Dalam pada itu, dia turut mendoakan urusan Madammu disepanjang tempoh kehamilannya itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan Madam.”tulisnya di ruangan komen.

Penantian 7 tahun berakhir…

Sementara itu, menerusi platform yang sama, Madammu yang juga merupakan penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36) berkongsi khabar gembira.

Dalam perkongsian itu, dilihat Madamu hadir bersama suami, Muhammad Azri Che Noh ke sebuah pusat perubatan swasta bagi melihat keputusan Persenyawaan In Vitro (IVF).

Madammu meluahkan kesyukuran atas rezeki yang diberikan oleh-Nya memandangkan sudah lama menanti berita gembira itu.

“Alhamdulillah, selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir,”tulis Madammu.

Alhamdulillah, tahniah!

Perkongsian itu menerima ucapan tahniah daripada ramai warganet yang turut tumpang gembira dengan khabar baik tersebut. Mana tidaknya setelah sekian lama pasangan itu mengimpikan zuriat, akhirnya tercapai dan dimakbulkan juga.

Semoga ada rezeki zuriat juga

Selain itu, terdapat warganet berharap agar mereka dapat dikurniakan rezeki zuriat seperti Madammu setelah sekian lama menanti.

Terdahulu, usahawan berusia 33 tahun itu teruja berkongsi hasrat dan bercerita mengenai pemindahan embrio atau Persenyawaan In Vitro (IVF) setelah.

Difahamkan pasangan itu sudah lapam berkahwin dan sentiasa berusaha menanti kehadiran zuriat.

Sumber Dan Rujukan

TikTok @eriyca.baiduri, @syhimran Via  OMM

LihatTutupKomentar