Wanita mahu dedah sisi gelap hanya konten, Caprice kata 1 Malaysia kena ‘scam’
Wanita yang kononnya mahu membongkar sisi gelap penyanyi rap, Caprice dipercayai hanya untuk kandungan atau konten media sosial semata-mata.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan perkara itu dengan memuat naik video perbualan panggilan telefon antara seorang individu dan wanita tersebut di laman Instagram.
Disebabkan pengakuan itu, Caprice yang juga aktivis kemanusiaan menyifatkan netizen telah tertipu atau terkena ‘scam’ dengan tindakan wanita bernama Farah berkenaan.
“Satu Malaysia kena scam.. yang tengah tunggu Cap jatuh tu.. tunggu lagi lah,” tulis penyanyi berusia 34 tahun itu.
Menerusi video berdurasi hampir seminit itu, wanita terbabit mengakui seolah-olah terkejut apabila konten dibuat di aplikasi TikTok menjadi tular sehingga menerima pelbagai mesej daripada orang ramai.
Video Player
00:00
00:08
“Aku tengok semua tempat (media sosial) update benda tu, macam takde benda lain. Apa benda banyak-banyak, banyaknya mesej,” itu antara pengakuan wanita tersebut.
Sementara itu, Caprice turut berkongsi semula InstaStory daripada individu yang dipercayai membuat panggilan telefon dengan Farah sekali gus berterima kasih atas semua pengakuan tersebut.
Terima kasih sebab jujur!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa hairan mengapa terdapat segelintir pihak mahu melihat Caprice ‘terjatuh’ sedangkan dia hanya memperjuangkan isu jenayah seksual membabitkan golongan pendakwah.
Tabik bab Caprice bongkarkan penunggang agama
Pelik kenapa orang kecam Caprice
Berangan la nak jatuhkan Caprice