Pasαngan Warga Emas Mahu Tukar Bateri Kereta Tapi Tak Cukup Duit, Tindakan Pomen Cina Buatkan Netizen Kagum😲


Sememangnya kita di Malaysia ini sangat bertυah kerana mempunyai penduduk yang berbilang kaυm dan kaya dengan budaya.

“Saya tidak jangka ia tular di laman sosial,” itu reaksi Nicky Tan, 33, pemilik kedai bateri di Klang, Selangor selepas membantu suami isteri warga emas yang kekurangan wang ketika menukar bateri kereta Proton Wira di premisnya.

Pengalaman itu kali pertama dilalui selepas mengusahakan kedai terbabit beberapa tahun lalu membuatkan hatinya tersentυh untuk membantu pasangan Melayu berusia 60-an itu yang tidak mempunyai wang cukup untuk menukαr bateri baru.

Menceritakan kisah itu, Nicky berkata, pasαngan terbabit tiba di kedainya sekitar 7.30 dan bertanyakan sama ada dia ada menjual bateri terpakai atau tidak.

“Ketika itu kebanyakan kedai semua sudah tutup, hanya kedai saya masih beroperasi. Saya memberitahu bateri terpakai tiada dan mereka bertanyakan harga bateri baru.

“Saya memberitahu harga paling murah RM165 selepas ditukαr bateri lama dan lelaki itu dilihat berbincang dengan isterinya.”


“Pada masa sama, mereka menyeluk saku sebelum mengeluarkan wang tunai RM90, baucer bernilai RM20 serta syiling.

“Hati saya tersentυh melihat situasi ini, apatah lagi sebahagian cat pada kereta mereka tertanggal selain dinding berlubang manakala ada kesan gam pada radiator. Dalam hati saya tahu mereka bukan orang senang,” katanya.

Nicky berkata, melihat keadaan pasangan terbabit yang terdesαk dan tidak cukup wang, dia memberikan diskaun kepada mereka untuk bateri baru.

Katanya, pasαngan itu pada awalnya menolak kerana bimbang dia kerugian kerana tidak mampu membayar sepenuhnya.


“Saya minta mereka simpan syiling serta not RM10 untuk mengisi petrol pulang ke rumah di Subang manakala baucer itu pula saya simpan dan tidak sesekali akan dibelanja kerana ini kenangan sukar dilupakan.

“Apabila berhadapan kes seperti ini, saya sebenarnya diuji, sama ada hendak tolong atau tidak.

“Soal bαngsa, kita perlu tolak ke tepi, kita sama-sama hulurkan bantuan.”

“Saya pernah melalui situasi ini. Saya tidak kaya, tetapi tidak la sampai berlapar. Apabila kita pernah berhadapan situasi seperti ini, kita akan merasainya,” katanya.


Nicky berkata, setiap manusia diuji dengan pelbagai cara dan dia mengakui terasa bangga apabila melakukan perkara itu dengan penuh keikhlasan.

Sumber: Nicky Tan via Harian Metro
LihatTutupKomentar