Kejadian Subuh Tadi, Isteri Simbah Air Panas Kerana Suami Mimpi Wanita Lain

Polis menahan seorang wanita kerana menyimbah air panas pada alat sulit suaminya disebabkan lelaki itu bermimpikan wanita lain semasa  tidur, lapor laman Oddity Central semalam.

Dalam kejadian ‘ngeri’ itu, mangsa yang berusia 45 tahun dikatakan sedang tidur apabila secara tiba-tiba menyatakan rasa cinta terhadap seorang wanita lain dalam keadaan mengigau.


Berang dengan situasi itu, isteri mangsa pergi ke dapur lalu mengambil air panas, lantas menyimbahkan pada alat sulit suaminya.


Menurut sumber polis, mangsa dimasukkan ke hospital kerana melecur tahap dua pada alat sulit, lengan dan bahagian belakang badannya.


Laporan sama bagaimanapun tidak menyebut sama ada mangsa sendiri yang melaporkan kejadian itu kepada polis atau jeritannya telah mengejutkan jiran-jiran.


Menurut laman berita TN International, pihak berkuasa tempatan telah memulakan siasatan kes itu.

LihatTutupKomentar