“Pak Ustaz Tak Komen Ke” Berurdah Tampil Imej ‘Berskirt’ Natizen Tegur Neelofa
Berpurdah tampil imej ‘berskirt’.
Jarang kita mendengar perkembangan pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail sebaik sahaja mereka mendedahkan wajah sebenar anak sulung, Muhammad Bilal setelah sekian lama menyembunyikan di media sosial.
Neelofa pakai skirt hitam singkat?
Terbaharu, nama bekas pengacara program MeleTOP itu kembali menjadi bualan apabila penampilannya ketika menghadiri ke sebuah majlis jenama terkemuka dunia menjadi perhatian ramai.
Menerusi hantaran dikongsikan, Neelofa yang juga seorang usahawan dilihat tampil menggayakan pakaian berwarna hitam yang kelihatan agak singkat.
Tak sesuai lah! Nampak tak manis
Meskipun Neelofa hanya menggayakan dengan kasut boot berwarna hitam juga, namun rata-rata warganet tidak sebulu dan menganggap fesyen tersebut tidak sesuai dengan imej terbaharunya iaitu berpurdah.
Mereka mengatakan penampilan itu dianggap terlalu menonjol dan berlebih-lebihan di mana ia boleh menjurus ke arah tabbaruj.
Gambar lama atau baru? Ustaz Haris dah tegur belum?
Selain itu, ada juga warganet bertanya sama ada gambar tersebut adalah lama atau terbaharu memandangkan dia sendiri terkejut Neelofa berani tampil berpakaian sedemikian.
Malah, netizen juga bertanya sama ada penampilan berkenaan sudah mendapat teguran atau komen daripada suaminya, Haris Ismail.