Lelaki Jual & Jadikan Isteri Sebagai Seorang Pelacur. Guna Duit ‘Dagang’ Hanya Utk Bayar Hutang. Ini Hukuman Yg Dikenakan
30 Oktober lalu, Ops Pintas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Pilah telah menahan seorang suspek yang dipercayai menjadi ejen serta ‘transporter‘ dalam mengurus aktiviti pemerdagangan manusia.RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Selain itu, mereka turut menyelamatkan seorang wanita berusia 35 tahun dipercayai isterinya dalam satu bilik di sebuah hotel daerah berkenaan.
pada 9 November lepas, suspek mengaku bersalah atas pertuduhan berikut. Namun hari ini, tertuduh tidak bersetuju dengan fakta jenayah berkenaan. Menurutnya tiada paksaan dibuat terhadap isteri sama ada secara kasar atau sebaliknya, dan ia dilakukan atas persetujuan bersama untuk mencari wang. Hakim Datin Surita Budin kemudiannya memaklumkan kalimah paksaan adalah sangat penting dalam pendakwaan dan menolak pengakuan bersalah tertuduh.Dalam rayuannya, tertuduh memohon mahkamah hukuman paling ringan kerana perlu menanggung isteri, ibu dan keluarga selain mengaku sudah insaf. Pun begitu dia dihukum penjara selama 7 tahun berserta 3 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban, selain menetapkan tarikh 30 November depan bagi prosiding seterusnya.